Two Offshore Marine Sdn Bhd (“TOMSB” atau “kami”) dengan ini mengambil langkah-langkah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Untuk mematuhi Akta tersebut, kami akan menguruskan data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda seperti yang dinyatakan di bawah.

Tujuan penggunaan data peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:-

• Penyimpanan maklumat

• Untuk membolehkan anda menyediakan perkhidmatan kepada TOMSB

• Untuk proses penilaian permohonan kerja

• Untuk penyemakan latar belakang

• Untuk mentadbir penyertaan anda di dalam mana-mana pertandingan/program yang kami anjurkan

• Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

• Untuk menghantar jemputan tertentu

• Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan

• Untuk tujuan analisis statistik data

• Untuk tujuan memprofil keutamaan anda

• Bagi maksud mematuhi Akta Syarikat 2016

• Bagi maksud mematuhi akta-akta serta peraturan-peraturan yang berkaitan

• Untuk aktiviti kewangan dan pemasaran

• Untuk tujuan tadbir urus korporat kami

• Bagi maksud kemasukan dalam tugasan media dan / atau mana-mana majlis yang berkaitan

• Bagi maksud menyediakan jemputan tetamu, pendaftaran dan / atau mendaftar untuk acara-acara kami

• Bagi maksud penerbitan bercetak dan penerbitan dalam talian kami

(secara kolektif, “Tujuan-Tujuan tersebut”).

Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada perkongsian maklumat di dalam komunikasi perniagaan, borang-borang yang perlu diisi termasuk di atas talian , semasa anda melayari laman web TOMSB atau dikumpulkan daripada senarai tetamu yang sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan / atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami dan / atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan (seperti yang ditakrifkan kemudian daripada ini).

Anda mungkin perlu membekalkan kami dengan nama anda, nama syarikat, alamat, negara, nombor telefon, nombor faks dan alamat emel.

Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menggunakan data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan tersebut di atas.

Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh didedahkan, disebarkan atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat di dalam Kumpulan TOMSB (termasuk syarikat induk, anak syarikat, syarikat yang berkaitan dan syarikat sekutu mereka tempatan dan juga antarabangsa), samada pada masa sekarang atau pada masa hadapan (secara kolektif, “Kumpulan”), atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga bertujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod.

Untuk tujuan ini, kami komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, kami dan/atau Kumpulan dan/atau pekerjanya atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang data peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemaskini.

Di samping itu, kami berhak meminta bantuan anda untuk memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga yang data peribadinya telah dikemukakan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.

Anda boleh, pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami, mengemukakan permintaan untuk akses kepada data peribadi anda dengan mengemukakan permohon tersebut kepada kami di alamat seperti di bawah jika:

1. anda memerlukan akses kepada dan/atau ingin membuat pembetulan kepada data peribadi anda, tertakluk kepada pematuhan permintaan untuk akses atau pembetulan itu tidak ditolak di bawah peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang yang sedia ada;

2. anda ingin membuat pertanyaan mengenai data peribadi anda;

3. anda tidak lagi bersetuju dengan kami memegang, menyimpan atau mengekalkan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan atau menunaikan tanggungjawab kami kepada anda.

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Two Offshore Marine Sdn Bhd

63-2 & 65-2, Jalan Medan Setia 1

Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur .

legal@twomarine.com

Sebarang data peribadi yang disimpan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar penyimpanan kami jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.

Dengan penyerahan data peribadi anda kepada kami, anda memberi persetujuan untuk pemprosesan data peribadi anda dan anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan dan terma-terma yang terkandung di dalam ini.